Ini tip asas memastikan wang sentiasa mencukupi

A
A

ADAKAH anda pernah mengalami situasi wang perbelanjaan atau simpanan tidak mencukupi sedangkan gaji bulanan sentiasa masuk tepat pada masanya?

Kadangkala perkara itu berlaku disebabkan pengurusan kewangan yang kurang bijak. Kita berbelanja di luar kemampuan dan membeli lebih banyak kehendak berbanding keperluan.

Justeru, bagi mengatasi masalah itu e-Trend berkongsi tip memastikan wang sentiasa mencukupi:

1) Utamakan komitmen

Sebaik sahaja menerima gaji lunaskan bayaran komitmen bulanan seperti pinjaman kenderaan, rumah dan insurans terlebih dahulu.

Itu bagi mengelakkan anda menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan akan menyebabkan komitmen bulanan mengalami tunggakan.

2) Asingkan simpanan

Selepas selesai bayaran komitmen bulanan, asingkan sekurang-kurangnya 10 peratus baki gaji ke dalam akaun simpanan untuk kegunaan masa depan atau ketika kecemasan.

Sebaik-baiknya disarankan anda menyimpan wang di dalam akaun yang jarang digunakan.

3) Elak kad kredit

Jangan menggunakan kad kredit kerana ia akan menyebabkan anda berbelanja boros dan melebihi kemampuan kewangan.

Ingat, kegagalan melunaskan hutang kad kredit juga boleh mendorong anda diisytiharkan muflis.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia