Mangsa pencemaran kimia bukan sakit mental

Dr Selahudden sempat bertanya tentang kesihatan murid SK Tanjung Puteri Resort yang menjalankan aktiviti di padang sekolah itu hari ini.
Dr Selahudden sempat bertanya tentang kesihatan murid SK Tanjung Puteri Resort yang menjalankan aktiviti di padang sekolah itu hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahudden Abd Aziz menegaskan rawatan kepada mangsa pencemaran kimia Pasir Gudang di Hospital Permai bukan kerana masalah mental.

Sebaliknya menurut Dr Selahudden, rawatan diterima mangsa merupakan saringan dan sokongan kepada mangsa bagi mengelakkan masalah lebih serius pada masa akan datang.

"Mangsa yang dipanggil ke Hospital Permai untuk buat rawatan sokongan dan saringan bukan rawatan mental. Mereka tertekan dan bimbang jadi kita bantu.

"Kita tengok tekanan anak ini terlampau tinggi dengan peperiksaan dan sebagainya. Dengan adanya insiden ini, kebimbangan mereka pun tinggi.

"Macam mana mereka nak atasi masalah mereka? Kena kenal pasti awal dan selesaikan sebab ia tak akan hilang, kalau tidak keadaan ini boleh bawa kemurungan dan masalah kesihatan lebih teruk," katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort hari ini.

Dr Selahudden
Dr Selahudden

Beliau berkata, rawatan kepada mangsa bukan sahaja melibatkan fizikal sebaliknya rawatan terhadap psikologi juga perlu diberikan.

"Setiap penyakit itu ada aspek fizikal dan psikologi. Kita rawat kedua-duanya. Bukan kata kita rawat fizikal saja, tidak.

Artikel Berkaitan:

"Perlu ada kesedaran dalam masyarakat bahawa kesihatan mental cukup penting bukan sekadar kesihatan fizikal untuk dapat kesihatan yang sejagat. Kita perlu hilangkan stigma tentang kesihatan mental ini," katanya.

Sebelum ini, seorang bapa dari Pasir Gudang meluahkan rasa tidak puas hati selepas anaknya yang menjadi mangsa pencemaran dipanggil ke Hospital Permai untuk menerima rawatan.