Bicara wartawan pengkritik Duterte, Maria Ressa bermula

Maria Ressa berdepan hukuman penjara sekiranya disabitkan bersalah dalam perbicaraan kes fitnah. - Foto AFP
Maria Ressa berdepan hukuman penjara sekiranya disabitkan bersalah dalam perbicaraan kes fitnah. - Foto AFP
A
A
A

MANILA - Perbicaraan kes fitnah melibatkan wartawan berprofil tinggi Filipina, Maria Ressa bermula hari ini dalam kes yang dilihat penyokong kebebasan media sebagai tindakan balas kerajaan berikutan laporan kritikal laman berita kendaliannya terhadap Presiden Rodrigo Duterte.

Ressa yang mengetuai portal berita atas talian, Rappler dan dinamakan sebagai 'Person of the Year' oleh Time Magazine pada tahun 2018 atas sumbangan dalam bidang kewartawanan bebas dengan jaminan namun berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah.

Kes fitnah terbabit merupakan antara siri tuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Ressa dan Rappler dalam masa beberapa tahun, menimbulkan dakwaan bahawa pihak berkuasa menyasarkan beliau dan pasukannya berikutan kerja mereka.

Dalam laporannya,portal berita Rappler sering mengkritik dasar Duterte termasuk kempen berdarah yang dianggap kumpulan hak asasi sebagai jenayah kemanusiaan.

"Mesej yang dihantar kerajaan adalah jelas.Berdiam diri atau anda mangsa seterusnya," kata Ressa kepada wartawan Februari lalu ketika membayar ikat jamin selepas ditahan di penjara selama sehari berhubung kes fitnah tersebut.

Dalam pada itu, menurut Rappler, kehadiran Ressa di mahkamah bukanlah mandatori dan beliau tidak dijangka menghadiri perbicaraan terbabit.

Kes yang dibicarakan hari ini berkisar kepada laporan Rappler pada tahun 2012 tentang hubungan seorang ahli perniagaan dengan seorang bekas hakim mahkamah tinggi Filipina.

Penyiasat kerajaan pada awalnya menolak aduan ahli perniagaan itu berhubung artikel terbabit pada tahun 2017 namun pihak pendakwa kemudian membuat keputusan untuk memfailkan tuduhan.

Artikel Berkaitan:

Asas perundangan untuk kes terbabit ialah undang-undang jenayah siber yang menyasarkan kesalahan atas talian.

Ressa, 55, mendakwa undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan sehingga beberapa bulan selepas artikel diterbitkan.

Namun, peguam kerajaan berkata, artikel terbabit yang dikemaskini oleh Rappler pada tahun 2014 dianggap secara efektif sebagai artikel baharu.

Terdahulu, peguam hak asasi terkenal, Amal Clooney memaklumkan beliau menyertai pasukan untuk membela Ressa.

Dalam pada itu, Duterte yang menafikan menjadi dalang di sebalik kes Ressa menghalang Rappler daripada membuat liputan acaranya dan melarang pegawai kerajaan bercakap dengan wartawan Rappler. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam terkenal hak asasi bela wartawan Filipina