Goodday anjur Milk Fest 2019

No Image Caption
A
A
A
Goodday Milk memperkenalkan empat produk baharu bukan tenusu di bawah rangkaian Good Vibes by Goodday Milk yang terdiri daripada Almond Original, Almond Chocolate, Walnut Original dan Walnut Chocolate.

Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Holdings, Santharuban T Sundaram berkata, produk tersebut diperkenalkan sempena sambutan Milk Fest 2019 yang dianjurkan Goodday Milk sebagai salah satu usaha mereka menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap produk yang dikeluarkan selama ini.

“Perubahan trend pengguna, keperluan diet dan jangkaan untuk hidup lebih lama memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan produk yang mampu memenuhi permintaan.

“Produk di bawah Good Vibes by Goodday Milk merupakan penambahan kepada portfolio nutrisi kesihatan kami dari produk bukan tenusu dan produk lain yang sedang berkembang,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Beliau berkata, selain Good Vibes by Goodday Milk, pihaknya turut memberikan tawaran menarik kepada pengguna sempena penganjuran Milk Fest 2019.

Katanya, pengguna berpeluang mendapatkan pek susu UHT Goodday dengan tawaran harga yang menarik dari 23 hingga 28 Julai.

“Mereka boleh mendapatkan satu pek susu UHT Goodday 1 liter (l) dengan harga RM.25. Namun, tawaran hanya sah di peruncit tertentu di Semenanjung Malaysia

“Malah, mereka juga berpeluang mendapatkan dua pek susu UHT Goodday 250 mililiter (ml) dengan harga RM3 dari 23 hingga 27 Julai nanti,” katanya.

Menurutnya, kemeriahan festival berkenaan turut dipanjangkan hingga ke Sabah dan Sarawak.
Artikel Berkaitan:


“Mana-mana peminat susu di sana yang membeli satu pek susu UHT Goodday 1l dengan RM4.99 berpeluang mendapatkan satu pek susu UHT Goodday 200ml secara percuma.

“Tawaran ini sah di beberapa peruncit seperti Bataras, Bestamart, Boulevard, CKS, Emart, Everwin, Farley, Golden Dragon City, New World, Servay & Sunny Supermarket dari 23 hingga 28 Julai nanti,” katanya.

Tak cukup dengan itu, beliau berkata, Happy Mart di Pualu Pinang turut menawarkan dua pek susu UHT Goodday 200 ml dengan harga RM3.50 bermula dari 15 hingga Julai.

“Kami harap pengguna gembira dengan tawaran eksklusif yang diberikan sepanjang penganjuran Milk Fest 2019, termasuk pelancaran Good Vibes by Goodday Milk.

“Kami akan pastikan dapat memenuhi kehendak dan perminataan pengguna untuk menyediakan diet sihat dan gaya hidup seimbang,” katanya.

Santharuban berkata, selain tawaran istimewa yang diberikan itu Milk Fest 2019 turut dimeriahkan dengan penganjuran peraduan dalam talian (online).

“Mereka yang berminat boleh mengikuti perkembangannya di Facebook Goodday Milk: www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia bagi menyertai peraduan yang menawarkan hadiah menarik ini,” katanya.