Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara ke-50 tetap relevan: Maszlee

Maszlee (empat dari kiri) bersama barisan deligasi yang hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-50 hari ini. FOTO ZAHID IZZANI
Maszlee (empat dari kiri) bersama barisan deligasi yang hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) ke-50 hari ini. FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

PETALING JAYA - Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) tetap relevan meskipun telah melangkau 50 tahun usia penubuhannya, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Maszlee berkata, SEAMEO telah membuktikan kerelevanannya dalam menyediakan keperluan pendidikan, sains, dan budaya yang lebih baik untuk memperbaiki kehidupan rakyat di seluruh Asia Tenggara.

Persidangan SEAMEO yang membuka tirainya secara rasmi hari ini akan berlangsung sehingga 25 Julai 2019.

Persidangan ini melibatkan penyertaan Menteri-menteri Pendidikan dari 11 negara anggota SEAMEO, negara anggota bersekutu, ahli gabungan SEAMEO serta 26 Pusat Serantau SEAMEO di seluruh rantau Asia Tenggara.

Turut hadir Menteri Pendidikan Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Malaysia bertindak sebagai Pengerusi SEAMEO, bermula tahun 2019 sehingga tahun 2021, untuk menentukan hala tuju dan wawasan SEAMEO ke arah matlamat yang lebih progresif dalam sektor pendidikan serantau bagi membantu merangsang pembangunan ekonomi dan sosial.

Artikel Berkaitan: