Banjir: Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini akibat banjir berikutan hujan lebat semalam.

Menurut Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin, sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Lingkungan.

"Sekolah berkenaan tidak beroperasi hari ini disebabkan kawasan sekolah berkenaan dinaiki air dan semua guru dan murid diarahkan pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mistirine berkata, sekolah berkenaan mempunyai 14 guru dan 111 murid.- Bernama

Artikel Berkaitan: