Skuad B-15 Malaysia juara di China

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak tanah air menerima khabar gembira malam tadi apabila pasukan pelapis negara menunjukkan prestasi luar biasa selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Haikou di China.

Skuad B-15 kebangsaan kendalian jurulatih P Maniam meraih kejayaan itu selepas menundukkan pasukan Korea Utara 2-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Wuyuanhe, Haikou semalam.

Pada aksi terbabit, Malaysia unggul mendahului dua gol menerusi Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-20 dan Nabil Qayyum Zainuddin pada minit ke-57.

Korea Utara meraih gol saguhati menerusi sepakan penalti Yom Chol Gyong pada minit akhir perlawanan.

Kejohanan tersebut melibat empat negara termasuk Iran dan China.

Terdahulu, Malaysia berjaya menewaskan Iran 2-0 pada perlawanan pertama, Khamis lalu dan seri 1-1 dengan tuan rumah, China pada perlawanan kedua Sabtu lepas.

Lebih membanggakan dua pemain skuad kebangsaan turut meraih anugerah individu iaitu ketua pasukan, Nabil Qayyum Zainuddin sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan Zulhilmi Sharani sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.

Artikel Berkaitan: