Remaja derita penyakit kepala besar

Siti Nurul Shafiqah Hassan
Siti Nurul Shafiqah Hassan
A
A
A

MACHANG - Ketika rakan seusia memasuki sekolah menengah, Siti Nurul Shafiqah Hassan,13, masih terlantar dan tidak mampu bergerak.

Remaja yang tinggal di Kampung Pangkal Kerdas, Labok ini menghidap Hydrocephalus sejak lahir mengakibatkan kepalanya membesar dan berlaku pengumpulan cecair otak berlebihan.

Ibunya, Rosnani Mohamad, 41, berkata keadaan anaknya lebih teruk apabila terjatuh dua tahun lalu menyebabkan kakinya cedera.

Menurutnya, sebelum ini dia boleh bergerak dan mengengsot di dalam rumah namun kesan terjatuh mengakibatkan kakinya tidak boleh boleh diluruskan.

Gu Sinar menyampaikan sumbangan kepada Osman bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga itu di Kampung Pangkal Kerdas, Labok di sini.
Gu Sinar menyampaikan sumbangan kepada Osman bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga itu di Kampung Pangkal Kerdas, Labok di sini.

"Masanya hanya di atas tilam. Tapi dia anak yang baik dan faham jika saya keluar bekerja. Saya ambil upah mengurut dan Shafiqah saya tinggalkan bersama suami yang juga bapa tirinya," katanya kepada Sinar Harian ketika menerima kunjungan Kelab Pembaca Sinar Harian (Gu Sinar) Pasir Puteh di sini, kelmarin.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden Gu Sinar, Rahimi Yaacob yang turut menyampaikan sumbangan bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan keluarga tersebut.

Rosnani berkata, tugas mencari rezeki kini terletak di bahunya apabila suami, Osman Kassim, 62, menghadapi masalah penglihatan sejak beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka sekeluarga turut bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan bagi menampung keperluan Siti Nurul Shafiqah.

Tambahnya, anak tunggalnya itu tidak mempunyai keperluan khas cuma masih menggunakan lampin pakai buang dan akan berulang-alik ke hospital jika perlu.