Dua calon istimewa menang pilihan raya Dewan Negara Jepun

Funago (kiri) dan Kimura mencipta sejarah dalam Dewan Negara Jepun.
Funago (kiri) dan Kimura mencipta sejarah dalam Dewan Negara Jepun.
A
A
A

TOKYO - Dua calon berkerusi roda memenangi kerusi di Dewan Negara Jepun semalam yang menunjukkan perubahan besar dalam persepsi terhadap golongan upaya di negara itu.

Yasuhiko Funago yang merupakan Timbalan Presiden sebuah syarikat yang menyediakan penjagaan kepada pesakit dan warga emas menghidapi penyakit neuron motor Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) manakala Eiko Kimura yang menghidapi cerebral palsy.

“Kami akan pastikan kedua-dua mereka dijaga oleh pakar. Tetapi, tanggungjawab utama untuk menjaga mereka adalah terletak di bahu Parlimen,” kata ketua parti pembangkang kecil, Reiwa Shinsengumi.

Selain Funago dan Kimura, Rie Saito yang cacat pendengaran sejak bayi juga bertanding untuk parti pembangkang terbesar, Parti Demokratik Perlembagaan.

Ketika berkempen, Funago dan Kimura berkata, mereka akan melakukan pembaharuan dalam pendidikan selepas penggubal undang-undang mahu membantu untuk mewujudkan masyarakat yang mana orang kurang upaya boleh menjalani kehidupan lebih baik.

Dalam perkembangan berkaitan, parti gabungan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang menjadi pemimpin paling lama memegang kuasa di negara itu dilaporkan memenangi pilihan raya tersebut dan beliau berikrar untuk meneruskan rancangan meminda Perlembagaan.

Parti gabungan beliau berjaya mengekalkan majoriti dengan meraih 71 daripada 124 kerusi di Dewan Negara, namun gagal memperoleh dua pertiga majoriti yang membolehkannya untuk meminda Perlembagaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: