Tular guna parkir OKU: Technology Park Malaysia mohon maaf

Surat teguran akan diberikan kepada pihak pengurusan Technology Park Malaysia (TPM) berkaitan motosikal dan payung yang diletakkan di lot tempat letak kereta orang kelainan upaya (OKU) yang tular baru-baru ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Technology Park Malaysia memohon maaf susulan aduan awam berkenaan motosikal polis dan payung yang diletakkan di parkir orang kurang upaya (OKU) yang tular baru-baru ini.

Jabatan Komunikasi Korporat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memohon maaf atas perkara tersebut kepada masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tindakan juga telah diambil bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

"Pihak Technology Park Malaysia sentiasa prihatin dan memberikan keutamaan kepada OKU, malah kami menyediakan pelbagai fasiliti untuk golongan ini di dalam kawasan kami," katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan berita tentang sekeping gambar sebuah motosikal polis dan payung berada di parkir OKU.

Hal itu kemudian telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Terdahulu, surat teguran dan tindakan lanjut akan diberikan Ketua Polis Daerah Cheras kepada polis bantuan Technology Park Malaysia supaya lebih sensitif demi menjaga nama baik PDRM.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia