Beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat

Anggota bomba membantu mengalihkan beberapa buah kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Rawang menghala Batu Arang di sini petang tadi.
Anggota bomba membantu mengalihkan beberapa buah kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Rawang menghala Batu Arang di sini petang tadi.
A
A
A

RAWANG - Hujan lebat berlarutan mengakibatkan beberapa kenderaan terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rawang menghala Batu Arang, di sini petang tadi.

Keadaan menjadi cemas apabila ada di antara kenderaan tersebut gagal dihidupkan.

Namun ketangkasan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian bagaimanapun berjaya mengalihkan kenderaan yang terlibat.

Jurucakap bomba dan penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira jam 3.10 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 3.14 petang.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati air Sungai Bakau telah naik dan melimpah ke jalan," katanya.

Katanya, pihak bomba kemudian menjalankan khidmat khas banjir.

"Air Sungai Bakau telah naik sehingga empat kaki mengakibatkan beberapa buah kenderaan terperangkap.

Artikel Berkaitan:

"Anggota bomba kemudiannya membantu orang awam untuk mengalihkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir dan melakukan pemantauan sehingga air surut," katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.