Dasar kontroversi kerajaan baharu Thailand

Dasar baharu kerajaan mendakwa industri perubatan ganja bakal mewujudkan peluang ekonomi dan menjana pendapatan.
Dasar baharu kerajaan mendakwa industri perubatan ganja bakal mewujudkan peluang ekonomi dan menjana pendapatan.
A
A
A

BANGKOK - Membangunkan industri perubatan ganja adalah antara keutamaan dasar baharu kerajaan Thailand, menurut sebuah dokumen sebelum pengumuman rasmi dibuat yang diterbitkan semalam yang dikhuatiri akan disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha yang kini mengetuai kerajaan awam susulan pilihan raya umum pada Mac lalu dijangka membentangkan dasar tersebut untuk dibahaskan dalam Perhimpunan Kebangsaan pada Khamis ini.

Difahamkan, industri perubatan ganja adalah tuntutan utama Parti Bhumjaithai yang merupakan parti terbesar dalam gabungan 19 parti yang menyokong Prayut.

“Kajian dan pembangunan teknologi ganja dan ubat-ubatan herba lain perlu dirangsang untuk industri perubatan bagi mewujudkan peluang ekonomi dan pendapatan kepada orang ramai,” jelas kandungan dokumen dasar itu.

Tahun lalu, Thailand yang secara tradisi menggunakan ganja untuk mengurangkan kesakitan dan keletihan telah meluluskan penggunaannya untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata, tujuan beliau adalah untuk membolehkan seluruh rakyat Thailand terlibat dalam industri ganja untuk menjana pendapatan.

“Adalah penting untuk mengeluarkan ganja dengan paras tinggi cannabidiol (CBD) daripada senarai dadah yang dilarang,” ujarnya.

Selain itu, isu lain yang menjadi keutamaan kerajaan adalah kemarau, buruh dan masalah ekonomi.

Artikel Berkaitan:

Senarai itu termasuk pindaan Perlembagaan baharu yang menjadi tuntutan parti gabungan, Parti Demokrat.

Bagaimanapun, sebarang pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan Senat yang seluruh anggotanya dilantik kerajaan junta sebelum ini. - Reuters