Remaja ditahan tunggang motosikal curi

Polis menahan remaja berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Polis menahan remaja berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
A
A
A

KULIM - Seorang remaja menunggang motosikal curi ditahan polis di pekan Lunas semalam.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, remaja berusia 22 tahun itu ditahan selepas menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati nombor enjin dan nombor casis sudah dicanai dipercayai bertujuan menyukarkan motosikal itu dikesan pemiliknya.

"Kita juga mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Mohd Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: