Polis rampas heroin, ketum dalam dua serbuan

Polis berjaya menemui dadah lebih 0.4kg dalam serbuan sebuah rumah di Hutan Melintang, kelmarin.
A
A

TELUK INTAN - Sebanyak 170 kilogram (kg) daun ketum dan dadah jenis heroin seberat 424.5 gram dirampas dalam dua serbuan berasingan di Hutan Melintang dan Teluk Intan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, dalam serbuan berkenaan turut ditahan enam individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan ketum.

Beliau berkata, tangkapan pertama melibatkan lima individu termasuk seorang wanita berusia 39 hingga 46 tahun di Hutan Melintang kira-kira jam 2.30 pagi

“Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis heroin seberat 424.5 gram bernilai RM23,929.50. Ujian saringan awal mendapati empat lelaki positif methamphetamine manakala, ujian ke atas wanita itu pula negatif.

170kg daun ketum dirampas daripada seorang penganggur di Teluk Intan kelmarin.
170kg daun ketum dirampas daripada seorang penganggur di Teluk Intan kelmarin.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada lima suspek terbabit mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, tangkapan kedua pula membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun bersama 170 kilogram (kg) daun ketum yang dibungkus dalam plastik hitam.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur bagaimanapun didapati negatif dalam pengambilan dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan.

"Turut disita sebuah kereta jenis Proton Wira dianggarkan bernilai RM8,000 dan wang tunai RM2,066," katanya.

Katanya, bagi kedua-dua kes tersebut, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia