Video intim: Polis rakam keterangan ADUN PKR

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakamkan keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berhubung siasatan kes video intim yang dikaitkan dengan menteri Kabinet.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"ADUN lelaki berusia 34 tahun itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10 pagi tadi dan selesai pada jam 11.30 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebarangkalian ketulenan video intim adalah tinggi: KPN

Video intim: Dalang, pihak terlibat perlu dikenakan tindakan tegas

Azmin serah pihak berkuasa dedah dalang

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan, ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi menafikan dakwaan bahawa dirinya merupakan dalang dalam penyebaran video terbabit.

Najwan malah menegaskan, dakwaan mengatakan beliau terlibat dalam skandal video seks membabitkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang yang dikatakan mirip menteri kanan Kabinet itu merupakan permainan minda dalam media sosial.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Huzir menegaskan tempoh reman terhadap seorang lelaki yang ditahan di Shah Alam pada 19 Julai lalu yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan hingga Rabu ini.

"Permohonan untuk melanjutkan reman lelaki itu diluluskan selama dua hari lagi sehingga Rabu," katanya.

Terdahulu, reman membabitkan Haziq Abdullah, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama rakannya yang ditahan di Johor itu disambung tiga hari lagi sehingga esok.

Setakat ini, seramai 11 individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dengan tujuh daripada mereka dibebaskan selepas tempoh reman tamat.