Dipenjara empat tahun, satu sebatan kerana curi telefon bimbit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Akibat merompak telefon bimbit milik seorang wanita, seorang penganggur dihukum penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Anuar Mohd Idris, 32, selepas dia mengaku bersalah melakukan rompak ke atas Nur Adilah Arifah Nazri dengan merampas sebuah telefon bimbitnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 22 Jun lepas.

Lelaki itu melakukan kesalahan tersebut di hadapan McDonald Jalan Tun Perak, di sini pada 9.20 malam, 21 Jun 2019 mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal atas alasan mangsa mengalami trauma daripada kejadian itu selain tertuduh mempunyai sembilan kesalahan lampau dan supaya hukuman itu memberi mesej kepada bakal pesalah. - Bernama

Artikel Berkaitan: