Tiada rakyat Malaysia cedera gempa bumi di Pariaman

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terkesan secara langsung dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter yang melanda Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia, pada 9.03 malam waktu tempatan, semalam.

Menurut Wisma Putra dalam kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah berhubung dengan pelajar Malaysia yang berada di sekitar Padang, Sumatera Barat bagi memastikan keselamatan mereka.

"Rakyat Malaysia juga diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia di sekitar Sumatera Barat yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menerusi emel mwmedan@kln.gov.my atau menghubungi talian +62614531342. - Bernama

Artikel Berkaitan: