X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

3 item fesyen wajib ada

A
A

APABILA berbicara soal item fesyen wajib dimiliki, kita sering mengaitkannya dengan golongan wanita. Walhal, para jejaka juga harus mempunyai pelengkap gaya tersendiri.

Apakah pelengkap gaya tersebut? Di sini e-Trend kongsikan tiga item yang wajib ada di dalam almari lelaki.

1- Jaket

Baik jaket kulit mahupun denim ia merupakan pelengkap gaya yang wajib ada di dalam almari golongan jejaka.

Rekaan dan material yang selari dengan peredaran zaman ideal dipraktikkan konsep suai dan padan bersama item fesyen pilihan sampingan.

Bagi mereka yang masih menabung untuk membeli jaket jenama antarabangsa, mungkin sebagai permulaan anda boleh membelinya di butik pakaian terpakai atau bundle.

Paling penting, selepas membeli anda perlu membasuh jaket tersebut terlebih dahulu bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

2- Denim

Seluar jean atau denim yang hadir dalam pelbagai ton dan potongan boleh diklasifikasikan item fesyen wajib buat kaum Adam.

Sifatnya yang tahan lasak dan selesa membuatkan seluar denim sesuai digayakan di pelbagai lokasi dan aktiviti kecuali menghadiri majlis formal.

Selain bersantai, seluar jean juga ideal dibawa ketika bercuti, acara semi formal ataupun kasual.

- Blazer

Bayangkan dalam tempoh antara dua minit sahaja daripada gaya ringkas anda mampu tampil kemas dan maskulin apabila menyarungkan blazer mengikut potongan badan.

Namun begitu, elak mengumpul blazer rona gelap seperti hitam dan biru gelap kerana warna lembut dan terang juga membantu menyerlahkan sisi lelaki maskulin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!