Pekerja biadap, Stacy luah rasa bengang!

- Foto Instagram Stacy
- Foto Instagram Stacy
A
A
A

PENYANYI berbakat besar, Stacy meluahkan rasa kesalnya dengan sikap biadab dua pekerja di sebuah taman tema air terkenal.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 28, kejadian berlaku ketika dia dan Akim membawa dua anaknya berjalan-jalan sebelum persekolahan dibuka.

Bagaimanapun ketika berada di kedai bersebelahan pintu masuk, dia telah ditegur secara kasar oleh dua pekerja taman tema air berkenaan.

"Bawa Beyshal (gabungan nama Bella dan Eshaal) jalan-jalan sebelum buka sekolah. Lain kali kita cuti tempat lain pula ok Bey (Bella).

"Dan kirim salam terima kasih kepada dua kakitangan ***** ***** di kedai bersebelahan pintu masuk tadi.

"Terkejut juga sebab kena sound (ditegur secara kasar) depan-depan. Ingatkan saya seorang yang kena buat macam itu, rupanya suami pun sama kena juga sebelum itu.

"Kita penat-penat urus anak yang meragam, boleh pula staff di situ memerli depan-depan. Kalau saya tak penat urus anak tadi, boleh saja saya tanya balik depan muka kamu, apa masalah kamu?" tulisnya.

Tambah isteri kepada Akim ini, dua pekerja terbabit menyindirnya dengan berbual sesama sendiri, sama ada mengenalinya sebagai artis.

Artikel Berkaitan:

"Nak tunjuk hebat terjerit-jerit cakap orang macam ni: ‘ini artis laa tak kan kau tak kenal?

"Lepas itu, kawan dia balas : 'oh sorry lah tak kenal’. Depan muka saya pula tu..

"Woww!! Sorry guys kami datang sana bukan untuk minta dikenali atau dengar bangang kamu tau.

"Bukan mahu apa-apa pun tapi tolong ya, jangan bawa-bawa kurang ajar itu di tempat kerja. Orang datang bukan masuk free pun kan?" ujarnya.

Rata-rata pengikut turut membidas sikap tidak profesional dua pekerja berkenaan dan meminta taman tema air itu mengambil tindakan sewajarnya.

Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Eshaal yang lahir pada 17 Februari 2017.

Pasangan ini juga turut memiliki seorang anak angkat iaitu Bella De Luna Valentina yang kini berusia enam tahun.