Serang guru: PIBG harap kes tak berpanjangan

Gambar kecil: Mohd Zulkarnain
Gambar kecil: Mohd Zulkarnain
A
A
A

BACHOK - Kes dua lelaki memarahi guru dalam kawasan sekolah yang tular di laman sosial semalam akan diselesaikan dengan baik.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung, Mohd Zulkarnain Yusoff berkata, walaupun guru terlibat membuat laporan polis, namun beliau berharap ia tidak berpanjangan.

Menurutnya, laporan dibuat berikutan guru berkenaan khuatir atas faktor keselamatan.

"Saya menjadi perantara dalam kes ini dan saya tidak mahu melihat kekeruhan hubungan keluarga pelajar dan guru.

"Saya berharap orang ramai memahami situasi ini dan sama-sama menghormati intitusi pendidikan," katanya.

Video berdurasi tiga minit 31 saat itu memaparkan dua lelaki memarahi seorang guru dalam kawasan sekolah berkenaan.

Mohd Zulkarnain berkata, kejadian pada jam 10.30 pagi itu berlaku kerana salah saham.

Katanya, guru penolong kanan pentadbiran berusia 52 tahun itu didesak keluar dari pagar sekolah tetapi dia enggan.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki yang memarahi guru terbabit sudah meminta maaf selepas mendapat maklumat sebenar mengenai kes seorang pelajar yang dikenakan hukuman gantung sekolah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video guru diserang dua lelaki tular