Pengawal keselamatan didakwa cederakan pengusaha kilang

Tertuduh (tengah) didakwa mencederakan seorang pengusaha kilang.
Tertuduh (tengah) didakwa mencederakan seorang pengusaha kilang.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan pengusaha kilang, tiga minggu lalu.

Tertuduh, A Asnudas, 45, yang juga bapa kepada 13 anak membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan atas pertuduhan berkenaan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan Uh Chorng Von, 51, menggunakan sebatang plastik putih pada 2 Julai lalu pada jam kira-kira 4.15 petang di Kawasan Perusahaan Sungai Petani.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah memukul pengusaha kilang.
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah memukul pengusaha kilang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Pavitra ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam R Thevan merayu diberikan jaminan dengan alasan anak guamnya ialah pencari nafkah tunggal kepada 13 anak hasil daripada dua perkahwinan termasuk lapan daripadanya masih bersekolah.

Arif kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sebulan sekali sehingga kes tamat.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Ogos ini.