Doakan Nur Husna sembuh

Keadaan semasa Nur Husna yang kini berada di Hospital Besar Pulau Pinang yang dikongsikan oleh Jasmin di Facebooknya
A
A

PULAU PINANG - Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan melihat anak yang pernah dikandung selama sembilan bulan kembali sihat dan ceria.

Itu antara perkara yang dikongsikan oleh seorang suri rumah, Jasmin bakar,29, apabila anaknya, Nur Husna Arina Mohd Hafiz,2, menghidap neuroblastoma tahap empat dan kini berada di Hospital Besar Pulau Pinang.

Menceritkan semula bagaimana penyakit tersebut dikesan, Jasmin berkata, selepas Hari Raya Aidilfitri lalu Nur Husna mengalami demam berlarutan selama 14 hari dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Demam anak berlarutan dengan suhu sekitar 39 darjah celsius doktor mengesan Nur Husna menghidap neuroblastoma.

"Selera makan Nur Husna makin berkurangan dan ada ketika dia tidak mahu makan langsung. Ini adalah kali kedua di masukkan ke wad dan hari kelima di sini. Kali pertama menerima rawatan di hospital adalah selepas hari raya lalu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, Nur Husna kini lebih banyak tidur kerana ubat yang diberikan oleh doktor bagi mengurangkan rasa sakitnya.

"Dia akan menangis kesakitan dan selepas diberikan ubat dia akan lega dan berehat. Sekarang Nur Husna menunggu untuk menjalani proses kimoterapi," katanya.

Jasmin berkata, setakat dia tidak mengharapkan sebarang sumbangan berbentuk wang ringgit sebaliknya meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anaknya itu.

"Setakat ini saya minta bantuan rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan adik Nur Husna," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia