[DIKEMASKINI] ADUN Senai dilantik jadi SU Politik Pengerusi DAP Johor

Liew Chin Tong (kiri) dan Tee Boon Tsong
Liew Chin Tong (kiri) dan Tee Boon Tsong
A
A
A

KULAI - [DIKEMASKINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Tee Boon Tsong dilantik sebagai setiausaha politik Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Boon Tsong akan membantu Chin Tong menguruskan hal ehwal dalaman DAP Johor.

Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berharap Boon Tsong akan mempromosikan hubungan antara parti dan komuniti melalui pengalamannya sebelum ini.

Selain itu Boon Tsong boleh memberi nasihat tentang pembinaan masyarakat, membantu menerokai keunikan dan keistimewaan pekan dalam negeri Johor supaya ia boleh berkembang secara berterusan.

Artikel Berkaitan: