Surat teguran buat Polis Bantuan Technology Park Malaysia

Gambar motosikal dan payung milik Polis Bantuan TPM yang tular hari ini.
Gambar motosikal dan payung milik Polis Bantuan TPM yang tular hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Surat teguran dan tindakan lanjut akan diberikan kepada Polis Bantuan Technology Park Malaysia (TPM) susulan aduan awam berkenaan motosikal polis dan payung diletakkan di parkir orang kurang upaya (OKU).

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, barang itu adalah milik Polis Bantuan TPM.

"Aduan tersebut telah diajukan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Cheras dan beliau telah menghubungi Polis Bantuan TPM untuk tindakan selanjutnya.

"KPD Cheras juga akan mengeluarkan surat teguran kepada mereka supaya lebih sensitif demi menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan berita tentang sekeping gambar sebuah motosikal polis dan payung berada di parkir OKU.

Hal itu kemudian telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Artikel Berkaitan: