X

Kindly register in order to view this article
!

KardiaMobile sokongan maya penyakit kronik

PERANTI KardiaMobile menggunakan teknologi artificial intelligence (Ai) menjadi monitor kawalan elektrokardiogram standard EKG atau ECG peribadi kepada pengguna.
A
A

BUKAN sahaja boleh memeriksa kadar degupan jantung, kadar gula dalam darah dan epilepsi, aplikasi baharu peranti perubatan yang bersaiz poket itu membantu memberi sokongan maya dan keselamatan diri.

Peranti KardiaMobile yang dibangunkan AliveCor menggunakan teknologi artificial intelligence (Ai) menjadi monitor kawalan elektrokardiogram standard (EKG atau ECG) peribadi kepada pengguna.

Peranti yang berfungsi hanya menggunakan telefon pintar atau ‘smartwatch’ itu akan memberikan notifikasi kepada pengguna yang mempunyai rekod kesihatan kronik, menghantar maklumat dan peringatan kepada doktor atau penjaga.

Tambah menarik, peranti itu boleh merekodkan EKG dengan tempoh 30 minit dan memaklumkan kesihatan pengguna sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Keputusan yang diterima boleh disimpan dalam telefon pintar untuk rujukan doktor.

Doktor pakar Hospital Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia, Dr Daniel Frisch turut mengesyorkan penggunaan aplikasi peranti berbayar itu kepada pengguna khususnya penghidap penyakit jantung.

“Ia sangat berguna bagi saya untuk melihat ritma jantung seseorang yang ada gejala tertentu atau bagi orang yang mempunyai gejala yang samar-samar, kena periksa kesihatan dengan segera.

“Saya juga galakkan pesakit untuk hubungi jika ada soalan atau kebimbangan selepas membaca keputusan kesihatan mereka. Maklum balas cukup penting selepas menggunakan peranti itu,” katanya kepada New York Times.