Nantikan wajah baharu logo TMM2020 petang ini

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menerima kritikan dan kecaman hebat daripada orang ramai sebelum ini.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menerima kritikan dan kecaman hebat daripada orang ramai sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masih ingat dengan logo ini?

Ya, inilah logo Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) yang menerima kritikan dan kecaman hebat daripada orang ramai sehingga kerajaan pada Julai tahun lalu memutuskan untuk meminda semula logo TMM2020 itu.

Logo tersebut yang dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Chiang Mai, Thailand sempena Asean Tourism pada Junuari 2018 mencetus kontroversi apabila netizen memberi respons negatif terhadap rekaannya.

Ramai netizen mendakwa logo dengan tulisan Visit Malaysia 2020 dengan bersama gambar orang utan, penyu dan pokok kelapa itu terlalu simple dan tidak profesional.

"Adakah mereka memilih logo 'Visit Malaysia' daripada arkib tahun 90-an?” sindir seorang pengguna Twitter Izzatsam ketika itu.

"Aku pun buatlah satu logo dalam masa 30 minit sebagai tanda protes," tulis Muhammad Hidayatullah pula sambil memuat naik satu logo rekaannya di Twitter.

Yang pasti, selepas lebih setahun, petang ini logo TMM2020 akan digantikan dengan logo yang baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan logo tersebut di Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang kira-kira jam 3 petang.

Artikel Berkaitan:

Adakah pelancaran logo TMMM2020 nanti akan mampu memenuhi cita rasa semula?

Nantikan wajah baharu logo itu di platform media sosial Sinar Harian.