Suhu paling tinggi di bahagian utara bumi

Keadaan itu dijangka berterusan hingga Ogos dan September depan.
Keadaan itu dijangka berterusan hingga Ogos dan September depan.
A
A
A

OTTAWA - Suhu mencecah 21 darjah Celsius direkodkan di Alert bahagian paling utara di bumi yang tidak didiami terletak 955 kilometer dari Kutub Utara, menurut Perkhidmatan Meteorologi Kanada pada minggu lalu.

"Ia adalah salah satu contoh daripada ratusan rekod lain yang disebabkan fenomena pemanasan global," kata ahli meteorologi di Kementerian Alam Sekitar Kanada, Armel Castellan.

Ahad lalu, suhu 21 darjah Celsius direkodkan di Alert yang telah menjadi pangkalan stesen cuaca sejak 1950.

"Kita tidak pernah lihat rekod seperti itu. Suhu tinggi seperti itu sememangnya mengejutkan. Selama seminggu setengah kini dapat lihat suhu yang lebih tinggi daripada biasa," katanya.

Rekod 21 darjah Celsius pernah dicatatkan pada 8 Julai 1956.

Sejak 2012, terdapat beberapa hari di mana suhu meningkat kepada 19 atau 21 darjah Celsius di dasar pantai Lautan Artik.

Difahamkan, suhu purata di Alert pada bulan Julai adalah 3.3 darjah Celsius dengan purata suhu maksimum mencecah 6.1 darjah Celsius.

Sementara itu, ahli klimatologi kanan di Pusat Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di Ottawa, David Phillips berkata, model ramalan Kanada menunjukkan bahawa ia akan berterusan sepanjang bulan Julai hingga Ogos dan awal September.

Artikel Berkaitan:

"Ia mungkin boleh digelar sebagai gelombang haba Artik. Bahagian utara dari Yukon ke kepulauan Artik adalah musim bunga kedua atau ketiga paling panas pernah direkodkan," jelasnya.

Gelombang haba yang berlaku sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh tekanan tinggi di Greenland yang luar biasa dan tiupan angin selatan di Lautan Artik.

Menurutnya, suhu panas di Artik meningkat tiga kali ganda lebih cepat berbanding bahagian lain di bumi yang berpunca daripada pelepasan karbon tidak terkawal. - AFP