Atasi masalah kasut kotor, cepat rosak

No Image Caption
A
A
A

BERBICARA mengenai pemilihan kasut, lelaki lebih cenderung memiliki sepatu warna gelap bagi mengelakkan kesan kotoran jelas kelihatan.

Walhal, di pasaran hari ini terdapat pelbagai produk yang dapat membantu mengatasi masalah kasut kotor dan cepat rosak.

Pada masa sama, beberapa kaedah ringkas juga boleh dipraktikkan di rumah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Antaranya ialah:

1- Basuh kasut

Jangan biarkan kasut basah dan kotor kering sendiri tanpa mencucinya kerana ia akan menjejaskan kualiti material dan warna kasut tersebut.

Pada masa sama, bimbang kawasan lembap menjadi tempat pembiakan bakteria yang akan menganggu kondisi kulit kaki.

Pastikan mencuci dan keringkan kasut sekurang kurangnya seminggu sekali sama ada menggunakan kain atau tisu lembab.

2- Simpan kasut di dalam kotak

Simpan koleksi kasut di dalam kotak bagi mengelakkan habuk dan kotoran melekat pada material sehingga menyebabkan ia merekah.

Artikel Berkaitan:

Pastikan anda menggunakan kotak kasut yang kering kerana suhu lembap akan merosakkan kasut.

3- Semburan kalis air

Bagi menghindarkan kasut mudah kotor gunakan semburan kalis air pada kasut dan biarkan semalaman.