Lagi protes mega landa Hong Kong, polis temui makmal bom

Protes mega di Hong Kong kini memasuki minggu ketujuh.
Protes mega di Hong Kong kini memasuki minggu ketujuh.
A
A
A

HONG KONG - Hong Kong sekali lagi dilanda protes mega antikerajaan semalam yang memasuki minggu ketujuh berturut-turut yang menunjukkan krisis di hab kewangan itu yang bermula dengan bantahan ke atas rang undang-undang ekstradisi seolah-olah tidak akan berakhir.

Demontrasi itu diadakan sehari selepas puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun untuk menyuarakan sokongan kepada polis yang didakwa menggunakan kekerasan ke atas peserta protes.

Kelmarin, polis memaklumkan ia telah menemui sebuah kilang menghasilkan bahan letupan bersama risalah prokemerdekaan.

Penemuan itu dibuat di sebuah bangunan industri di daerah Tsuen Wan pada petang Jumaat lalu dan seorang lelaki berusia 27 tahun turut ditangkap.

“Ia adalah makmal bom buatan sendiri berkuasa tinggi khususnya triaceton triperoxide atau TATP. Ia akan menyebabkan jumlah kerosakan luar biasa apabila digunakan,” kata pakar skuad pemusnah bom, Alick McWhirter.

Difahamkan, TATP memerlukan kemahiran tinggi untuk dihasilkan, namun ia telah digunakan dalam beberapa serangan ganas utama termasuk pengeboman bunuh diri di London pada 2005 dan serangan berdarah menyasarkan hotel serta gereja di Sri Lanka beberapa bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: