SK Kedai Tanjung bantu ibu bapa jalani hidup sihat

Sebahagian daripada ibu bapa menjalani latihan kesihatan anjuran SK Kedai Tanjung.
Sebahagian daripada ibu bapa menjalani latihan kesihatan anjuran SK Kedai Tanjung.
A
A
A
PASIR MAS - Jom Cakna Sihat menjadi inisiatif baharu diperkenalkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjung dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan golongan ibu bapa.

Guru Besarnya, Salmi Salleh berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi membolehkan golongan ibu bapa mendapat maklumat yang tepat dan lebih terperinci dalam aspek gaya hidup sihat.

"Gaya hidup sihat merupakan elemen penting buat golongan ibu bapa.

"Hal ini kerana mereka adalah tonggak keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran program Jom Cakna Sihat peringkat sekolah baru-baru ini.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan Penolong Pengarah (Pengurusan Guru) Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Zamakhsyari Mohd Nawawi.

Menurutnya, menyedari kepentingan itu, SK Kedai Tanjung mengambil langkah dengan menitik beratkan soal tersebut melalui aspek penjagaan makan, minum dan riadah.

Katanya, bukan itu sahaja, warga sekolah turut melakukan ujian kecergasan ke atas golongan ibu bapa yang merangkumi pemeriksaan kesihatan dan berat badan.

"Kedua-dua ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kecergasan golongan ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

"Melalui ujian tersebut, ibu bapa dapat mengetahui sendiri tahap kecergasan mereka melalui norma atau skala markah yang ditetapkan," katanya.

Salmi berkata, beliau berharap golongan ibu bapa dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin.