Azmin hadir majlis doa selamat

Azmin tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Seksyen 7, di sini, malam ini.
Azmin tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Seksyen 7, di sini, malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri program Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Kemenangan Menolak Fitnah Terhadap Mohamad Azmin yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Seksyen 7, di sini, malam ini.

Beliau tiba di kediaman berkenaan kira-kira jam 7.10 malam, bersama-sama isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin serta seorang anak perempuannya, Farah Shazliyana; menantu, Muhammad Syaqib Zainudin; serta cucu perempuannya.

Ketibaannya disambut penyokong pada program yang dihadiri kira-kira 300 ahli parti.

Beliau sempat bersalaman dan berbual mesra dengan ahli parti terbabit.

Ketika cuba dihampiri pemberita untuk mendapatkan komen mengenai ketidakhadirannya di Program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021 di Port Dickson yang bermula Jumaat hingga hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu hanya berkata, "Eh nanti dulu, sembahyang dulu" sebelum bergerak ke dewan solat di kediaman berkenaan.

Pekarangan kediaman berkenaan yang turut dilengkapi khemah dan meja untuk jamuan selepas solat dan doa selamat.

Artikel Berkaitan: