Menu halal Tahun Baharu Cina di Grand BlueWave Hotel

Chef Patrick (kanan) dan kakitangan Grand BlueWave Hotel Shah Alam menunjukkan antara menu istimewa yang disajikan di Tung Yuen Chinese Restaurant.
Chef Patrick (kanan) dan kakitangan Grand BlueWave Hotel Shah Alam menunjukkan antara menu istimewa yang disajikan di Tung Yuen Chinese Restaurant.
A
A
A

SHAH ALAM - Sesi makan besar menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Tionghoa semasa sambutan ambang Tahun Baharu dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga.

Semasa sambutan ini, masyarakat Cina sekali lagi berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga dan mengeratkan hubungan sambil menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang.

Saat-saat penting ini semestinya perlu disambut dengan sesi makan yang tidak akan dapat dilupakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Untuk mengalu-alukan perayaan ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baharu Cina 2019.

Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu disediakan secara ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick.

Menu-menu yang menarik ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant yang terletak di aras 1 hotel itu.

Menu ditawarkan dari 15 Januari hingga 28 Februari 2019, bermula jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari, manakala untuk makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam.

Chef Patrick berkata, Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina.

Artikel Berkaitan:

"Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah kami iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40+," katanya.

Beliau berkata, selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set.

Katanya, terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988+ dan Set B yang berharga dari RM1,288+, sesuai untuk 10 orang.

"Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam," katanya.

Menurutnya, Special Take Away Prosperity Pot 'Poon Choy' juga boleh didapati dengan harga RM680+ (termasuk Pot Stainless Steel).

"Untuk melengkapkan lagi kerseronokan semasa Tahun Baharu Cina, kami turut menyediakan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan.

"Kami menyediakan empat set menu iaitu, Auspicious Good Luck berharga dari RM1,088+, Joyful Reunion berharga dari RM1,288+, Auspicious Good Health berharga dari RM1,488+. Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang," katanya.

Chef Patrick berkata, Super Value Auspicious Good Health ditawarkan dengan harga RM898+ dan sesuai untuk enam orang.

Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu dan Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).