DBKL sasar tambah bilangan bas Go KL

Nor Hisham (dua dari kiri) dan Mansor (dua dari kanan) menaiki pedati semasa program Car Free Morning di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut hari ini.
Nor Hisham (dua dari kiri) dan Mansor (dua dari kanan) menaiki pedati semasa program Car Free Morning di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sasar menambah bilangan bas tambang percuma, Go KL bagi menggalakkan warga kota menggunakan kemudahan awam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Norhisham Ahmad Dahlan berkata, Go KL mampu mengurangkan bilangan trafik atas jalan raya.

"Go KL bagi laluan Setiawangsa melalui Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan Kampung Baru berjaya mengurangkam 500 kenderaan masuk pusat bandar sehari.

"Kemudahan ini akan ditambah pada masa akan datang dalam masa sangat meningkatkan kesedararan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam," katanya pada program Car Free Morning di Dataran DBKL Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin.

Gimik penanaman pokok melaka oleh Nor Hisham (tengah) dan Mansor (kanan) di Jalan Melaka sebagai simbolik kerjasama antara MBMB dengan DBKL selama 30 tahun, hari ini.
Gimik penanaman pokok melaka oleh Nor Hisham (tengah) dan Mansor (kanan) di Jalan Melaka sebagai simbolik kerjasama antara MBMB dengan DBKL selama 30 tahun, hari ini.

Dalam program sama, gimik penanaman pokok Melaka di Jalan Melaka turut diadakan sebagai simbolik kerjasama erat antara MBMB dengan DBKL selama 30 tahun.

Mansor berkata, jalinan kerjasama selama 30 tahun diterjemah melalui perkongsian pengamalan dan kemahiran melibatkan pelbagai sektor khasnya pembangunan dan teknikal.

Artikel Berkaitan:

"Antaranya dapat dilihat perkongsian idea dalam pembangunan lanskap yang terdapat diantara kedua-dua negeri seperti sungai Melaka dan River of Live (ROL).

"MBMB juga memerlukan kepakaran di sudut teknikal memandangkan DBKL mempunyai tenaga mahir dalam bidang itu," katanya.