Jangan panik nampak abang tentera 'jatuh dari langit'

Tentera darat dan 10 briged
Tentera darat dan 10 briged
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Tentera Darat Malaysia, Markas 10 Briged (Para) akan melaksanakan penerjunan statik dan guguran udara sempena eksesais Linud Malindo bermula 21 hingga 25 Julai di kawasan Gong Kedak, Besut dan Pasir Putih, Kelantan.

Markas 10 Briged (PARA) Kem Terendak, Melaka dalam satu kenyataan berkata, Eksesais Bilateral itu membabitkan Tentera Darat Malaysia iaitu 10 Briged (Para) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) iaitu SATGAS LINUD.

Menurut kenyataan itu, eksesais tersebut yang berkonsepkan latihan Airbome Operation dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada Mass Drop, Guguran Udara dan Conventional Warfare (CW).

“Tujuan utama pelaksanaan latihan bersama ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta daripada tentera darat dan TNI-AD khususnya dalam Mass Drop dan guguran udara.

“Oleh itu semua penduduk di kawasan terbabit diminta tidak panik atau mengambil gambar latihan di sekitar kawasan latihan sepanjang eksesais dilaksanakan,” katanya.

Latihan selama lima hari itu meliputi kawasan sekitar Gong Kedak, Pasir Putih, Kampung Ajin dan Pantai Irama dengan acara penutup latihan dilaksanakan di Pantai Irama, Kelantan.

Artikel Berkaitan: