Lima kenderaan, dua rumah rosak dirempuh pacuan empat roda

Pemandu pacuan empat roda (duduk) sedang diberi rawatan di lokasi sementara dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan susulan.
Pemandu pacuan empat roda (duduk) sedang diberi rawatan di lokasi sementara dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan susulan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak lima kenderaan dan dua rumah mengalami kerosakan setelah dirempuh sebuah pacuan empat roda yang hilang kawalan, di Kampung Sungai Rengas, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Rengas menghala ke bandar Kuala Terengganu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Pegawai Bomba Kanan 11, Ab Halim Adam berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 8.22 pagi sebelum sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan dua rumah yang rosak akibat dirempuh pacuan empat roda dipandu seorang lelaki yang hilang kawalan, dalam kejadian di Kampung Sungai Rengas, hari ini.
Keadaan dua rumah yang rosak akibat dirempuh pacuan empat roda dipandu seorang lelaki yang hilang kawalan, dalam kejadian di Kampung Sungai Rengas, hari ini.

"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati Toyota Hilux terperosok di bawah sebuah rumah papan yang tidak berpenghuni manakala pemandunya sudah dikeluarkan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

"Berdasarkan maklumat awal yang diterima, pemandu kereta itu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh dua rumah yang ada di lokasi kejadian.

"Selain itu, pemandu itu turut melanggar lima kenderaan lain iaitu Perodua Myvi, Proton Waja dan Perodua Kancil serta dua buah motosikal yang ada di kawasan berkenaan.

"Ketika kejadian, terdapat dua orang penghuni di salah sebuah rumah namun tiada kecederaan dilaporkan sementara sebuah rumah lagi sememangnya tidak berpenghuni," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel Berkaitan: