Tiga beranak rentung: Nak bernafas tak lepas

Zakaria yang tidak boleh berjalan sejak dua tahun lalu berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran empat buah rumah hingga mengorbankan tiga beranak di Sungai Isap 2 pagi tadi.
Zakaria yang tidak boleh berjalan sejak dua tahun lalu berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran empat buah rumah hingga mengorbankan tiga beranak di Sungai Isap 2 pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN - "Memang masih terkejut, nak bernafas rasa tak lepas," kata warga emas, Zakaria Mohamad, 78, yang terselamat dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Sungai Isap 2 di sini pagi tadi.

Zakaria yang tidak boleh berjalan sejak dua tahun lalu kerana sakit tua bernasib baik kerana ketika kejadian anaknya, Nor Aminuddin, 44, berada di rumah.

Menurutnya, sewaktu kejadian dia sedang tidur dan dikejutkan dengan bahang panas.

"Rasa panas membahang, rupa-rupanya rumah sebelah terbakar. Anak cepat-cepat tarik saya keluar sebab saya tidak boleh bergerak dan berjalan sendiri," katanya.

Zakaria berkata, walaupun kehilangan tempat tinggal tetapi bersyukur kerana terselamat dalam musibah itu.

"Rumah mangsa yang terkorban sebelah rumah saya. Dalam keadaan macam ni memang nak tolong tidak mampu.

"Tak tau nak cakap apa. Minum air tak rasa apa, bernafas pun rasa tak lepas," katanya.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi tadi itu, tiga beranak rentung sementara empat yang lain cedera dalam kebakaran membabitkan empat rumah.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anaknya Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhamad Adam Daniel, 7.

Mereka yang cedera pula, pasangan suami isteri Norazilah Abdullah, 23, Syed Azman Syed Kassim, 25, adik Norazilah, Nor Syawalina, 19, dan suami kepada Sharifah Azlina, Hairol Khalid, 38.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kejadian dipercayai bermula dari bahagian tengah rumah dan punca sebenar sedang disiasat Jabatan Forensik JBPM Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah

Hilang ibu, adik-adik sekelip mata

Sukar selamatkan mangsa sebab rumah berkunci: Jiran