Tambakan laut di Persiaran Gurney siap September

Jagdeep (dua dari kanan) menunjukkan pelan pembangunan berhampiran tambakan laut di Persiaran Gurney tadi.
Jagdeep (dua dari kanan) menunjukkan pelan pembangunan berhampiran tambakan laut di Persiaran Gurney tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Kerja-kerja tambakan laut di Persiaran Gurney sudah mencapai 94 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada September ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, antara kerja yang masih dijalankan adalah perlindungan pantai serta pemulihan tanah.

Menurutnya, projek taman rekreasi awam atas laut, Gurney Wharf pula akan dilaksanakan membabitkan beberapa pakar antarabangsa.

Tambakan laut di Persiaran Gurney untuk dibangunkan Gurney Wharf.
Tambakan laut di Persiaran Gurney untuk dibangunkan Gurney Wharf.

"Sebanyak 16.2 hektar daripada 53 hektar tanah tambakan itu akan dibangunkan taman rekreasi Gurney Wharf yang dijangka siap pada 2021," katanya kepada media selepas melawat tapak berkenaan di Persiaran Gurney bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang hari ini.

Beliau berkata, keluasan taman rekreasi itu ialah 22.67 hektar dan dilengkapi taman permainan, medan selera, laluan pejalan kaki termasuk untuk orang kurang upaya dan serta dermaga teksi air," katanya.

Jagdeep menerangkan projek pembangunan Gurney Wharf pada sidang media tadi.
Jagdeep menerangkan projek pembangunan Gurney Wharf pada sidang media tadi.

Jagdeep berkata, kemudahan yang menelan kos RM180 juta itu dijangka siap dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dan bakal menjadi ikon taman hijau dan taman dalam bandar pinggiran laut.

Artikel Berkaitan: