Tak hadir program temurapat MPP, Azmin ada komitmen lain

Azmin. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Azmin. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak dapat menghadiri Program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini kerana mempunyai komitmen lain.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui media pemberita tengah hari tadi.

Menurut beliau, pihaknya menghubungi pegawai dan pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Majoriti beri sebab kenapa tidak hadir dan dalam kes Azmin, saya berhubung dengan setiausaha dan pegawainya, cuba sebaiknya untuk (pujuk) beliau hadir, tapi gagal.

“Kali terakhir berhubung (dengan Azmin) ialah Jumaat lalu, ketika sesi pertama Pemukiman PKR berlangsung yang mana saya bercakap dengan setiausahanya,” katanya.

Tambahnya, beliau turut berusaha cara lain termasuk memberikan notis supaya Ahli Parlimen Gombak itu dapat menghadiri Temurapat MPP PKR yang berlangsung sejak Jumaat lepas.

“Saya sudah buat yang terbaik, termasuk beri notis dan hubungi pejabatnya tapi beliau kata ada komitmen lain,” katanya.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau sudah menjangkakan ketidakhadiran Mohamed Azmin Ali ke majlis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang pada awalnya enggan mengulas isu tersebut akhirnya membuka mulut selepas wartawan berulang kali bertanyakan soalan itu kepadanya.

“Kita dah putus tadi, kita dah bincang dah lah. Buat kenyataan yang baik cukuplah.

“(Memang dah dijangka beliau tak datang?) Memang dah jangka (kemudian ketawa kecil). Mereka kenyataan dah baikpun, pun nak gaduh. Apa benda lah,” ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tak hadir Temurapat PKR di Port Dickson?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir hadiri Majlis Temurapat Pimpinan PKR]