[DIKEMASKINI] Wanita hamil maut dihempap tangga rumah

Anggota bomba membuat pemeriksaan sebelum mengeluarkan empat mangsa dipercayai maut dalam kejadian runtuhan tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar tengah hari tadi.
Anggota bomba membuat pemeriksaan sebelum mengeluarkan empat mangsa dipercayai maut dalam kejadian runtuhan tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar tengah hari tadi.
A
A
A

SUBANG - [DIKEMASKINI] Hasrat seorang wanita hamil untuk menikmati durian bertukar tragedi apabila dia dihempap tangga rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini tengah hari tadi.

Difahamkan, tiga lagi mangsa yang cuba membantu wanita terbabit turut maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian itu.

Ketua Zon 1, Shah Alam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Razali Mohd Nasir berkata, kabel tiang lampu yang terletak bersebelahan rumah berkenaan turut terjatuh susulan daripada runtuhan tangga tersebut.

Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dan dua warga Indonesia dipercayai maut dihempap tangga yang runtuh di Kampung Matang Pagar.
Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dan dua warga Indonesia dipercayai maut dihempap tangga yang runtuh di Kampung Matang Pagar.

"Tangga di rumah dua tingkat yang masih dalam pembinaan itu runtuh menghempap wanita hamil yang secara kebetulan sedang makan durian di bawahnya.

“Tiga lelaki termasuk suami mangsa cuba menyelamatkan wanita tersepit bawah runtuhan tangga itu namun disahkan maut akibat terkena renjatan elektrik,” katanya.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29; Mohd Radezi Abdul Aziz, 35; Shahril Apipie Mokhtar, 29 dan seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Bambang Sulistio.

Artikel Berkaitan:

Tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari di Kampung Matang Pagar.
Tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan runtuh dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari di Kampung Matang Pagar.

Mengulas lanjut, Razali berkata semua mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan

“Empat mangsa termasuk dua warga Indonesia dipercayai turut terkena renjatan arus elektrik,” katanya.

Menurut Razali, pihaknya masih menunggu pengesahan status kesemua mangsa daripada pihak hospital.