13 kali Pas, UMNO kongsi pentas ceramah di Jerai

Jamil ketika berucap di ceramah perpaduan ummah di Dewan Command Centre Gurun semalam.
Jamil ketika berucap di ceramah perpaduan ummah di Dewan Command Centre Gurun semalam.
A
A
A

GURUN - Kerjasama antara Pas dan UMNO dilihat semakin erat apabila kedua-dua parti itu sudah 13 kali berkongsi pentas ceramah perpaduan ummah di Jerai setakat ini.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semangat kerjasama antara Pas dan UMNO memperlihatkan anjakan perubahan baharu dalam landskap politik negara.

"Kerjasama antara dua parti ini bertambah baik dibuktikan dengan perkongsian pentas dalam 13 ceramah perpaduan ummah setakat hari ini.

"Kerjasama ini sangat diperlukan bagi membolehkan mereka memperbetulkan semula segala kacau-bilau yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH).

"Kita tak boleh nak harapkan mereka kerana mereka sendiri sudah hilang punca dengan campur tangan pelbagai pihak," katanya ketika berucap di ceramah perpaduan ummah di Dewan Command Centre Gurun semalam.

Beliau meminta semua ahli UMNO agar memelihara taawun siyasi atau kerjasama politik bersama Pas sebaik-baiknya agar boleh membantu mengalahkan PH pada pilihan raya umum akan datang.

Artikel Berkaitan: