Guardiola tak panik

Guardiola sifatkan masih terlalu awal untuk menilai prestasi pemainnya walaupun tewas kepada Wolves dalam aksi final Trofi Liga Perdana Asia di Stadium Hangkou, Shanghai semalam. - Foto ESPN
Guardiola sifatkan masih terlalu awal untuk menilai prestasi pemainnya walaupun tewas kepada Wolves dalam aksi final Trofi Liga Perdana Asia di Stadium Hangkou, Shanghai semalam. - Foto ESPN
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak panik walaupun pasukannya tewas kepada Wolves dalam aksi final Trofi Liga Perdana Asia di Stadium Hangkou, Shanghai semalam.

Menurutnya, ia bukan gambaran sebenar kekuatan pasukan dan yakin masih awal untuk menilai kemampuan The Citizen bersaing dalam saingan liga musim depan.

"Saya tidak bimbang. Segalanya masih awal. Adakalanya adalah baik untuk kalah kepada pasukan dari Liga Inggeris dalam tempoh pra musim ini. Secara jujurnya saya tidak bimbang.

"Jika kami kalah pada masa akan datang ia bukan berpunca daripada tewas penalti ini. Segalanya boleh terjadi dalam sukan bola sepak ini," katanya.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan sehingga memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol Woves, Rui Patricio menjadi wira menyelamatkan sepakan Ilkay Gundogan, David Silva dan Lukas Nmecha untuk memastikan kemenangan 3-2 pasukannya dalam penentuan itu.

Walaupun kalah, Guardiola tetap memuji persembahan yang dipamerkan anak buahnya selain turut menyanjung persembahan pemain muda yang tidak gentar bermain dalam perlawanan itu.

"Pemain beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama dan Wolves juga bertahan dengan cemerlang sehingga menyukarkan kami.Pemain mempelajari sesuatu daripada perlawanan ini.

Artikel Berkaitan:

"Bukan mudah untuk mencipta peluang dan kami berjaya melakukannya selain mengelak daripada dibolosi melalui serangan balas dalam separuh masa pertama dan 15 minit pertama babak kedua," katanya.

Sementara itu, Guardiola turut mengharapkan pemain tengahnya Kevin de Brunye akan kekal cergas sepanjang musim 2019-2020 selepas hanya dapat diturunkan 11 kali dalam saingan liga musim lalu akibat kecederaan.

"Dia pemain terbaik. Malangnya, dia terlepas banyak perlawanan musim lalu.Kami menghadapi liga dengan baik tanpanya, tetapi saya yakin kami akan bertambah kuat dengan kehadirannya.

"Dalam perlawanan hari ini (kelmarin), dia bermain dengan baik dan kami amat memerlukan khidmatnya dalam saingan liga musim depan," katanya.