Durian isi oren Pok Soh istimewa

Wahab menunjukkan durian isi oren dari pokok yang ditanamnya lebih tiga dekad lalu.
Wahab menunjukkan durian isi oren dari pokok yang ditanamnya lebih tiga dekad lalu.
A
A
A

MARANG – Setiap kali musim durian tiba, penggemar durian isi oren atau nama saintifiknya durio graveolens tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke mukim Jerung setiap tahun bagi merasai durian istimewa itu.

Durian isi oren ini mendapat permintaan dan menjadi rebutan kerana rasanya berbeza selain isinya berwarna ‘garang’, namun hanya ada sebatang pokok sahaja yang ditanam di kawasan berkenaan.

Pokok durian unik itu ditanam Wahab Mahmud, 64, pada tahun 1981, namun hanya beberapa orang sahaja berpeluang untuk menikmati rasa isi buahnya kerana bilangannya terhad.

Wahab atau lebih mesra dengan panggilan Pak Soh berkata, ketika pokok durian itu berbuah lebat, durian jenis itu dapat dijual pada harga murah iaitu RM5 hingga RM25 sebiji bergantung saiz.

"Bagaimanapun, keadaannya berbeza pada tahun ini kerana durian jenis ini tidak ‘menjadi’. Buahnya kecil berbanding durian kampung dan setiap biji ada dua hingga empat ulas sahaja dan rasanya agak berlainan tapi enak.

"Dusun sudah diserahkan kepada salah seorang ahli keluarga saya tapi setiap tahun pasti ada yang menghubungi saya untuk mendapatkan durian ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, tarikan itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan durian mukim Jerung kepada orang luar, malah ada pelancong luar negara sanggup datang semata-mata mahu menikmati durian isi oren.

"Jika nasib mereka baik mungkin mereka berpeluang menikmati buah itu tetapi jika buahnya pada musim kali ini tidak banyak dan terhad maka tidak ramailah yang dapat merasa," katanya.

Artikel Berkaitan: