Penyamun terkejut kena sergah!

Lokasi berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa di Taman Bukit Indah di sini minggu lalu.
Lokasi berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa di Taman Bukit Indah di sini minggu lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Berpura-pura tanya kawasan, seorang lelaki kemudiannya cuba melakukan samun ke atas wanita berusia 48 tahun dalam kejadian di Taman Bukit Indah di sini 16 Julai lalu.

Suspek bertindak mahu merampas beg sandang mangsa, namun berjaya digagalkan jiran mangsa dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di hadapan kediamannya.

“Semasa berada hadapan rumah, datang seorang suspek seorang lelaki berbadan kurus menaiki motosikal warna merah tiada nombor pendaftaran mahu bertanya kawasan.

“Kemudian pengadu (mangsa) telah menegur suspek kerana suspek terlalu rapat dengan pengadu. Suspek (kemudiannya) telah cuba merampas beg sandang pengadu dan bergelut dengan suspek menyebabkan pengadu terjatuh.

“Jiran pengadu telah nampak kejadian tersebut dan menjerit kepada suspek menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri,” katanya.

Dzulkhairi berkata, mangsa mengalami luka di kiri kepalanya, namun tidak mengalami kerugian seterusnya ke balai membuat laporan polis.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan mendapati suspek disyaki seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda Wave.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan,” katanya.