Doktor pelatih alami sesak nafas di Bukit Fraser

Mangsa berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba kira-kira jam 8 pagi tadi.
Mangsa berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba kira-kira jam 8 pagi tadi.
A
A
A

RAUB - Seorang doktor pelatih wanita berjaya diselamatkan selepas mengalami sesak nafas di Pine Tree Trails, Bukit Fraser di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa V.Umadevi, 24, mengalami sesak nafas dalam perjalanan turun dari puncak Pine Tree Hill dengan anggaran jarak 3 kilometer dari pintu masuk Tree Trail.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, seramai 7 anggota bersama Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Raub membuat persiapan dengan membawa masuk pengusung, bekalan makanan, selimut dan peralatan lain untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati mengalami hypothermia iaitu suhu badan sejuk, sedikit kekejangan dan sukar bernafas.

"Pasukan EMRS telah melakukan rawatan awal dengan memberikan bekalan oksigen 3 liter per minit dan juga bekalan high flow mask sementara bagi menyedarkan mangsa.

"Mangsa kemudiannya diselimutkan, kakinya disapukan minyak panas dan diusung keluar dengan pengusung selain dipapah oleh anggota terlibat," katanya.

Tambahnya, tiga tong oksigen dihabiskan sepanjang operasi membawa keluar mangsa dengan berat 100kg itu dan berjaya sampai ke bawah kira-kira jam 8 pagi tadi.

"Mangsa diserahkan untuk saringan di Klinik Bukit Fraser dan seterusnya dihantar ke Hospital Raub untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Artikel Berkaitan: