Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah

Anggota bomba mengangkat mangsa yang rentung. (Gambar kecil: Muhammad Haikal Hakimi (kiri) dan adiknya Muhamad Adam Daniel ditemui rentung)
Anggota bomba mengangkat mangsa yang rentung. (Gambar kecil: Muhammad Haikal Hakimi (kiri) dan adiknya Muhamad Adam Daniel ditemui rentung)
A
A
A

KUANTAN -[DIKEMASKINI] Tiga beranak terbunuh dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Sungai Isap 2 di sini awal pagi tadi.

Sharifah Azlina Syed Kassim, 37 bersama dua anak lelakinya, Muhammad Haikal Hakimi Hairul, 11 dan Muhamad Adam Daniel, 7, terkorban dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi.

Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran yang berlaku di Sungai Isap 2 di sini awal pagi tadi.
Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran yang berlaku di Sungai Isap 2 di sini awal pagi tadi.

Sharifah Azlina ditemukan rentung di bilik belakang rumah, manakala dua anaknya maut di bilik berasingan.

Suaminya, Hairul Khalid, 38, bersama adiknya Syed Azman Kassim, 25 dan adik iparnya, Norazilah Abdullah, 25, pula cedera parah.

Anak saudara mangsa, Mohamad Aliff Asyraff Syed Azman, 6, pula berjaya diselamatkan oleh jiran.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul berkata, dua jentera bersama 17 Pegawai dan anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi dua buah rumah mengalami kebakaran 80 peratus namun api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Tiga mangsa didapati maut akibat terperangkap dan kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran," katanya.

Mohd Sani berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran bermula di bahagian tengah rumah tiga beranak yang terkorban itu.

Berikut senarai mangsa dalam insiden malang itu.

Maut:

1. Sharifah Azlina Syed Kassim, 37.

(Ditemukan rentung dalam bilik belakang rumah)

2. Muhamad Haikal Hakimi Hairol, 11.

3. Muhamad Adam Daniel, 7.

(Kedua-duanya ditemukan rentung di sebuah lagi bilik belakang rumah)

Parah:

1. Hairol Khalid, 38. (Suami Sharifah Azlina)

2. Syed Azman Syed Kassim, 25. (Adik Sharifah Azlina)

3. Norazilah Abdullah, 23. (Isteri Syed Azman)

Cedera:

1. Nor Syawalina Abdullah, 19. (Adik Norazilah)

Selamat:

1. Muhammad Alif Asyraf, 6. (Anak pasangan Syed Azman dan Norazilah)