Politeknik bina jaringan bersama pemain industri

Samsuri (tengah) bersama Mohd Daud (lima dari kanan) ketika majlis menandatangani kolaborasi (CoC) dan penyerahan memorandum persefahaman (MoU) bersama industri sempena program Career Day, di sini.
Samsuri (tengah) bersama Mohd Daud (lima dari kanan) ketika majlis menandatangani kolaborasi (CoC) dan penyerahan memorandum persefahaman (MoU) bersama industri sempena program Career Day, di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program Career Day 3.0 anjuran Politeknik Kuala Terengganu dengan kerjasama Politeknik Hulu Terengganu dan JobsMalaysia Centre Terengganu memberi pendedahan terhadap bidang kerjaya kepada bakal graduan.

Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Dr Mohd Daud Isa berkata, pendedahan itu menerusi hasil jaringan kolaborasi bersama pemain-pemain industri di negara ini.

“Ini antara usaha dilakukan bagi memberi pendedahan dan maklumat berkaitan kerjaya dan pekerjaan kepada mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Kuala Terengganu.

“Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran program Career Day di mana ia sebagai persediaan kepada mahasiswa dan mahasiswi sebelum memasuki alam pekerjaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu, di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah.

Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah (dua, kanan) bersama Mohd Daud (kanan) ketika melawat pemeran kerjaya sempena Career Day 3.0 yang diadakan di Dewan Utama Politeknik Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah (dua, kanan) bersama Mohd Daud (kanan) ketika melawat pemeran kerjaya sempena Career Day 3.0 yang diadakan di Dewan Utama Politeknik Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Politeknik Kuala Terengganu dan Politeknik Hulu Terengganu turut menandatangani sijil kolaborasi (CoC) bersama sembilan pemain industri antaranya KNS Consultant, MK Services, Akademi Binaan Malaysia WilayahTimur, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Midanix, Speed Office, Kitamen Resources, Auto Count Sdn Bhd dan Camp 7 Adventure Park.

Artikel Berkaitan:

Turut diadakan penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Politeknik Kuala Terengganu bersama Web Creative Solutions dan MySoftcare Solution.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 11 buah syarikat, industri dan agensi yang terlibat dalam Career Day sebagai panel penemu duga antaranya Shin-Etsu Polymer (M), PMB Investment, Mydin Mohamed Holdings, Noor Arfa Holdings, KL-Kepong Industrial Holding, FZH Solution, Al-Amin Agency, Shutter Point Trading, Coway (M) CIMB Principal Asset Management BHD dan Hartalega NGC.

“Kita juga menyediakan aktiviti menarik sepanjang program ini antaranya taklimat dan nasihat kerjaya daripada JobsMalaysia, klinik resume dan pameran kerjaya.

“Selain itu, terdapat juga kursus-kursus pendek seperti Mobile Photography Workshop, Program Intro Tourist, Demo Masakan Kuih Talam Keladi dan Koleh Kacang, Kursus Tahsinul Solat, Kursus Table Setting & Napkin Folding dan Kursus eUSAHAWAN 2019 bersama MDEC,” katanya.