Anwar memang sudah jangka Azmin tak datang

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PORT DICKSON - “Memang dah jangka,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung ketidakhadiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam ini.

Beliau yang pada awalnya enggan mengulas isu tersebut akhirnya membuka mulut selepas wartawan berulang kali bertanyakan soalan itu kepadanya.

“Kita dah putus tadi, kita dah bincang dah lah. Buat kenyataan yang baik cukuplah.

“(Memang dah dijangka beliau tak datang?) Memang dah jangka (kemudian ketawa kecil). Mereka kenyataan dah baikpun, pun nak gaduh. Apa benda lah,” katanya ketika menghadiri majlis tersebut.

Sejak semalam, ketiadaan Mohamed Azmin dalam majlis tersebut menjadi tanda tanya dan buah mulut anggota parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin respons kenyataan Presiden PKR isu video

Begitupun beliau dijadual menyampaikan ucapan pada malam ini, Ahli Parlimen Gombak itu masih tidak menghadiri majlis dan slot beliau digantikan Anwar.

Sementara itu, ketika ditanya ketidakhadiran Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin pula, Anwar memaklumkan Ahli Parlimen Ampang itu telah menyatakan sebab beliau tidak dapat hadir.

Artikel Berkaitan:

“Zuraida (tak datang) sebab ada hari bomba dan urusan rasmi di Surabaya.

(Adakah alasan itu boleh diterima?) Ya,” jawab beliau ringkas.