Penyakit misteri ubah wajah lelaki seperti Shin Chan

Wajah Pilapil membengkak akibat diserang penyakit misteri.
Wajah Pilapil membengkak akibat diserang penyakit misteri.
A
A
A

MANILA - Seorang lelaki di Filipina memiliki wajah persis watak animasi Jepun, Shin Chan akibat diserang penyakit misteri.

Romula Pilapil dari Ormoc City berkata, penyakit berkenaan menyebabkan wajahnya membengkak dan kepalanya membesar.

Kata bapa kepada tiga orang anak ini, situasi malang itu sudah berlanjutan selama beberapa tahun.

"Pada mulanya saya berasa gatal di bahagian mata. Namun, lama kelamaan wajah saya membengkak. Doktor tiada jawapan kepada penyakit saya," ujar Pilapil.

Katanya lagi, penyakit berkenaan bukan sahaja menyebabkannya hilang pekerjaan sebagai tukang kayu malah turut hilang daya penglihatan.

Kini tugas menyara keluarga diambil alih isterinya yang bekerja sebagai tukang cuci.

Kali terakhir Pilapil, 57, bertemu doktor dan mendapat rawatan di hospital adalah pada 2018.

Masalah kewangan mengekang usaha Pilapil untuk mencari punca dan merawat penyakitnya.

Artikel Berkaitan:

Situasi itu memaksanya untuk berhenti membeli ubat-ubatan dan tidak menghiraukan saranan doktor untuk menerima rawatan lanjut di Manila. - Agensi