Malaysia beri jaminan tangani isu kontroversi pekerja Indonesia

Saifuddin Abdullah. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Saifuddin Abdullah. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

JAKARTA - Malaysia memberi jaminan akan menangani kes pekerja Indonesia di Malaysia yang terbabit dalam dakwaan dirogol dan bunuh, dengan seadil-adilnya.

"Saya tahu ada kes yang melibatkan warga Indonesia dan menjadi kontroversi. Tapi saya yakin kes-kes ini sedang diselidiki," kata Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian pada Kuliah Umum Landasan Malaysia Baru di Universitas Paramadina, di sini hari ini.

"Prinsip Malaysia adalah keadilan harus ditegakkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk dua kes terbaru iaitu berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Ambika MA Shan, 61, daripada tuduhan membunuh warga Indonesia Adelina Jerima Sau pada 18 April lepas.

Satu lagi kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun mendakwa dia dirogol di rumah majikannya di Meru Ipoh oleh majikan yang juga anggota Exco kerajaan negeri Perak. -Bernama

Artikel Berkaitan: