Majlis kesyukuran sempena ‘kemenangan’ Azmin

Poster tersebar memaklumkan satu majlis doa selamat dan kesyukuran akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor, esok
A
A

SHAH ALAM - Satu majlis doa selamat dan kesyukuran akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor bermula jam 7 malam esok.

Dalam poster yang tersebar di media sosial, kenduri tersebut didakwa dianjur sempena kemenangan menolak politik fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

“Majlis doa selamat dan kesyukuran sempena kemenangan menolak fitnah politik terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” tulis poster tersebut.

Penganjur turut menjemput seluruh pimpinan dan anggota parti serta semua rakyat yang menolak fitnah hadir bersama.

Terdahulu, tular poster majlis pelancaran zikir dan selawat Nurul Anwar di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pada waktu lebih kurang sama dengan waktu kenduri kesyukuran Azmin.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Akhbar Pejabat Anwar, Tunku Nashrul Abaidah, majlis keagamaan itu memang selalu diadakan di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu setiap Ahad.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia